November 8, 2009 at 6:43 pm (Tazkirah Islam)

Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan di masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan di dalam diri atau ingin memperbaiki diri.
Bagaimanakah penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan? Pada zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah diberi perintah oleh Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Madinah, dan perintah itu ditaati semata-mata kerana Allah s.w.t.. Ancaman orang-orang kafir di tempat Baginda s.a.w., iaitu di Mekah bukanlah sebab utama penghijarahan itu berlaku, tetapi atas perintah Allah s.w.t. yang pasti banyak hikmah yang akan mendatangkan keuntungan kepada seluruh umat Islam secara keseluruhannya.
Keperitan dirasai ketika memulakan penghijrahan, namun kebahagiaan yang diimpikan pasti sedang menunggu jika penghijrahan itu dilakukan dengan niat yang baik. Read the rest of this entry »
1 Comment
July 23, 2009 at 12:37 am (PERKEPIS)
Assalamu ‘alaikum.
Ingin menyertai program KBS4 (Kem Berambeh Selaseh ke-4)? Jika “ya” jawapan anda, anda semua diminta untuk berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari jumaat. Anda perlu berada di sana sebelum pukul sembilan malam.
Pengangkutan akan disediakan untuk menuju ke destinasi (lokasi program di Ulu Langat). Peserta akan bertolak pada pukul sembilan malam dari stesen KTM BTS pada hari tersebut. Selamat menanti program yang bermanfaat ini. Insya’ Allah ta’ala. Wassalam
Pertanyaan yang berkaitan dengan hal ini boleh diajukan kepada:
Saudara Azam Ahmed – 017 8525490 / 019 3671089
Saudari Siti Raufa Sufrina – 013 2983436
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KBS4, sila lihat di entri yang sebelumnya. Klik di sini.
8 Comments
July 12, 2009 at 3:52 am (perkahwinan)

(Petikan daripada sebuah cerita)
Di pagi yang nyaman, aku segar melihat keindahan yang semula jadi daripada jendelaku. Jendelaku yang menghadap ke kawasan lapang tidak memperlihatkan kelibat manusia. Inilah waktu yang tepat untuk aku berhadapan dengan Yang Maha Pecipta keindahan ini. Aku mengambil wudhu’, kemudian masuk ke bilik aku semula. Aku atur elok-elok kain sajadahku. Aku memulakan solat dhuha dengan bisikan takbir. “Allahu akbar”.
Tidak pernah aku berasa nikmat yang lebih indah selain berhadapan dengan Al-Khalik tanda bersyukur atas “hadiah” yang diberikanNya. Hadiah yang berbentuk keindahan, Read the rest of this entry »
6 Comments
July 12, 2009 at 1:56 am (Tazkirah Islam)

♥ ♥ ♥
Alam yang indah datangnya daripada suasana yang indah,
Suasana yang indah datangnya daripada daripada kegiatan yang indah,
Kegiatan yang indah datangnya daripada masyarakat yang indah,
Masyarakat yang indah datangnya daripada keluarga yang indah,
Keluarga yang indah datangnya daripada didikian yang indah,
Didikan yang indah datangnya daripada akhlak yang indah,
Akhlak yang indah datangnya daripada ilmu yang indah,
Ilmu yang indah datangnya daripada hati yang indah,
Hati yang indah datangnya daripada cinta yang indah,
Cinta yang indah itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Indah.
4 Comments
June 29, 2009 at 2:49 pm (PERKEPIS)
27 Jun 2009 bersamaan 4 Rejab 1430 Hijrah pada hari sabtu, telah diadakan satu perjumpaan untuk pelajar Islam Sarawak di bawah Persatuan PERKEPIS cawangan semenanjung di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh sebilangan sahaja daripada ahli PERKEPIS iaitu seramai 23 orang. Hal ini kerana majoriti ahli menghadiri program lain pada masa yang sama khususnya pelajar Asasi UIAM, iaitu Global Player Development Programme (GPDP) di kampus Nilai dan Petaling Jaya. Pelajar-pelajar yang hadir terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai universiti dan institusi pengajian seperti UIAM, KUIS, UPSI dan sebagainya.
Naqib bagi perjumpaan yang diadakan kali ini ialah Nu’aim, pelajar Asasi UIAM Nilai. Sesi pertama dalam perjumpaan ini ialah sesi taaruf. Read the rest of this entry »
7 Comments