27 Jun 2009 bersamaan 4 Rejab 1430 Hijrah pada hari sabtu, telah diadakan satu perjumpaan untuk pelajar Islam Sarawak di bawah Persatuan PERKEPIS cawangan semenanjung di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh sebilangan sahaja daripada ahli PERKEPIS iaitu seramai 23 orang. Hal ini kerana majoriti ahli menghadiri program lain pada masa yang sama khususnya pelajar Asasi UIAM, iaitu Global Player Development Programme (GPDP) di kampus Nilai dan Petaling Jaya. Pelajar-pelajar yang hadir terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai universiti dan institusi pengajian seperti UIAM, KUIS, UPSI dan sebagainya.
Naqib bagi perjumpaan yang diadakan kali ini ialah saudara Nu’aim, pelajar Asasi UIAM Nilai. Sesi pertama dalam perjumpaan ini ialah sesi taaruf. Read the rest of this entry »

atau membiarkan saja dirinya didatangi oleh seseorang (jodoh) yang telah ditetapkan itu? 





