♥ ♥ ♥
Alam yang indah datangnya daripada suasana yang indah,
Suasana yang indah datangnya daripada daripada kegiatan yang indah,
Kegiatan yang indah datangnya daripada masyarakat yang indah,
Masyarakat yang indah datangnya daripada keluarga yang indah,
Keluarga yang indah datangnya daripada didikian yang indah,
Didikan yang indah datangnya daripada akhlak yang indah,
Akhlak yang indah datangnya daripada ilmu yang indah,
Ilmu yang indah datangnya daripada hati yang indah,
Hati yang indah datangnya daripada cinta yang indah,
Cinta yang indah itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Indah.




laman cinta said,
July 17, 2009 at 3:39 am
stuju2…
laman cinta said,
July 17, 2009 at 3:54 am
indahnya seorg muslim tu dtg dr akhlaknya, individu muslim yang indah membentuk keluarga muslim yg indah, kelurga muslim yang indah mmbentuk masyarakat yg indah, masyarakat yang indah membentuk negara n khilafah islmiyyah yg indah..sumbernya cinta dan kasih sayang.. itulah milik kekal Allah.
Islamic Thinking said,
July 17, 2009 at 7:04 am
Cinta yang indah datangnya daripada hati yang berpaut cintanya pada Allah s.w.t. dan mengenaliNya dengan mata hati. Cinta yang Indah merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. atas kasih sayangNya. Cinta yang tidak sepatutnya juga merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. agar seseorang itu mampu memikirkannya untuk insaf dan kembali kepada cinta yang indah. Hal ini kerana cinta yang tidak sepatutnya ada dalam diri akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak indah dalam kehidupannya.
HEBAT CINTA, CINTA YANG BERBENTUK PEMBERIAN KASIH SAYANG DARIPADA ALLAH S.W.T.
Army Of ALLAH said,
August 23, 2009 at 1:50 pm
salam ziarah briged saddam hussein.., wah, tertarik dengan ayat-ayat ini..