Selamat Hari Raya Aidilfitiri

Kepentingan Penggunaan Bahasa

Assalamu ‘alaikum warahmatullah.

Dewasa ini, penggunaan bahasa yang baik dalam bidang penulisan amat kurang diambil perhatian. Hal ini bukanlah disebabkan oleh tahap ilmu seseorang itu, iaitu tidak tahu begaimana menulis sesuatu perkara dengan penggunaan bahasa yang betul. Sudah memadai seseorang itu untuk menggunakan penggunaan bahasa yang betul seandainya sudah melepasi UPSR (Ujian Penilaian Sekolah rendah). Hal ini kerana penggunaan bahasa yang betul itu bukanlah semestinya dengan melontarkan kata-kata atau bicara dengan puisi dan bahasa-bahasa yang indah dan jarang didengar, tetapi cukup sekadar menulis dengan menggunakan hukum penulisan dengan betul. Read the rest of this entry »

Penghijrahan Suatu Keperitan Dan Kebahagian

Hijrah

Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.

Bagaimanakah penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan? Pada zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah diberi perintah oleh Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Madinah, dan perintah itu ditaati semata-mata kerana Allah s.w.t.. Ancaman orang-orang kafir di tempat Baginda s.a.w., iaitu di Mekah bukanlah sebab utama penghijarahan itu berlaku, tetapi atas perintah Allah s.w.t. yang pasti banyak hikmah yang akan mendatangkan keuntungan kepada seluruh umat Islam secara keseluruhannya.

Keperitan dirasai ketika memulakan penghijrahan, namun kebahagiaan yang diimpikan pasti sedang menunggu jika penghijrahan itu dilakukan dengan  niat yang baik. Read the rest of this entry »

Lokasi Perkumpulan Perserta KBS4

Stesen Bandar Tasik Selatan 3Assalamu ‘alaikum.

Ingin menyertai program KBS4 (Kem Berambeh Selaseh ke-4)? Jika “ya” jawapan anda, anda semua diminta untuk berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari jumaat. Anda perlu berada di sana sebelum pukul sembilan malam.

Stesen Bandar Tasik SelatanPengangkutan akan disediakan untuk menuju ke destinasi (lokasi program di Ulu Langat). Peserta akan bertolak pada pukul sembilan malam dari stesen KTM BTS pada hari tersebut. Selamat menanti program yang bermanfaat ini. Insya’ Allah ta’ala. Wassalam

Pertanyaan yang berkaitan dengan hal ini boleh diajukan kepada:

Saudara Azam Ahmed                – 017 8525490 / 019 3671089

Saudari Siti Raufa Sufrina             – 013 2983436

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KBS4, sila lihat di entri yang sebelumnya. Klik di sini.

Dialah Bakal Pemimpin Aku Dan Aku Memilihnya

Jendela

(Petikan daripada sebuah cerita)

Pada waktu pagi yang nyaman, aku segar melihat keindahan yang semula jadi daripada jendelaku. Jendelaku yang menghadap ke kawasan lapang tidak memperlihatkan kelibat manusia. Inilah waktu yang tepat untuk aku berhadapan dengan Yang Maha Pecipta keindahan ini. Aku mengambil wudhu’, kemudian masuk ke bilik aku semula. Aku atur elok-elok kain sajadahku. Aku memulakan solat dhuha dengan bisikan takbir. “Allahu akbar”.

daunTidak pernah aku berasa nikmat yang lebih indah selain berhadapan dengan Al-Khalik tanda bersyukur atas “hadiah” yang diberikan-Nya. Hadiah yang berbentuk keindahan, Read the rest of this entry »

« Older entries