Malam Tautan PERKEPIS di UIAM Petaling Jaya

Ahmad Ritaudin

Pada 3 Jun 2009 bersamaan 9 Jamadilakhir 1430H telah diadakan satu majlis yang dinamakan sebagai majlis Malam Tautan Anak Negeri Sarawak di bawah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak. Majlis diadakan di 003 Blok C, Pusat Asasi Universti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya (UIAM PJ). Seramai 42 orang jumlah yang hadir dalam majlis tersebut, muslimin seramai 29 orang termasuk tetamu jemputan dan muslimah seramai 13 orang juga termasuk tetamu jemputan. Majlis bermula pada pukul lapan malam. Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis iaitu daripada presiden PERKEPIS UIAM PJ, saudara Ahmad Ritaudeen Bin Abdul Rani mengisi ruangan permulaan majlis tersebut.

Abdul Rahman BaseairMajlis diteruskan dengan bacaan doa bagi memohon limpah rahmat daripada Allah s.w.t. agar majlis tersebut diberkati dan dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat. Bacaan doa tersebut diimamkan oleh saudara Abdul Rahman Bin Baseair yang juga merangkap jawatan Biro Da’wah Dan Tarbiah dalam PERKEPIS UIAM PJ.

Taaruf 1Taaruf 2Taaruf 3Taaruf

Sesi seterusnya diteruskan dengan acara berkenal-kenalan antara pelajar yang hadir atau lebih dikenali lagi sebagai sesi ta’aruf . Antara perkara yang perlu untuk dimaklumkan oleh setiap pelajar yang hadir kepada semua pendengar dalam sesi ta’aruf ini ialah nama, asal (daerah), jurusan yang diambil, dan soalan tambahan iaitu “bagaimanakah cara yang paling mudah untuk pergi ke rumah anda?”.

Abang Azrul JainiMajlis ini juga turut dihadiri oleh mantan pimpinan PERKEPIS cawangan semenanjung iaitu saudara Azrul Bin Jaini. Beliau masih meneruskan pengajiannya di kampus utama UIAM Gombak dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik untuk semester akhir. Beliau merupakan salah seorang tetamu jemputan dalam majlis tersebut di samping beberapa tetamu jemputan yang lain seperti saudara Rafiq, saudara Iszuandy, saudara Haziq, saudara Azizan Ajiji, saudari Mariati, saudari Sheril Aida, dan saudari Siti Raufa. Saudara Azrul Jaini diberi penghormatan untuk memberi ucapan kepada semua yang hadir. Antara perkara yang disebutkan oleh beliau ialah perihal pimpinan PERKEPIS cawangan semenanjung dan PERKEPIS pusat di Sarawak.

Selepas selesai pemberian ucapan daripada saudara Azrul Jaini, tiba pula sesi yang seterusnya iaitu Sesi Tayangan atau Slide Show Session. Antara perkara yang dipaparkan dalam slide show tersebut ialah hal yang berkaitan dengan pimpinan PERKEPIS cawangan semenanjung dan aktiviti yang dijalankan dalam persatuan ini. Sedikit maklumat tambahan diberikan oleh saudara Azrul Jaini ketika tayangan berlangsung seperti latar belakang pimpinan dan mantan pimpinan PERKEPIS.

Dalam menikmati tanyangan yang berlangsung ketika itu, juadah dihidangkan oleh committee (ahli jawatan kuasa) yang bertugas. Antara juadah yang dihidangkan ialah Kek Lapis Sarawak yang didatangkan khas dari bumi Sarawak.

Kek SarawakKek Sarawak 1Kek Sarawak 2

Bacaan doa robithah beserta doa penutup yang diimamkan sekali lagi oleh saudara Abdul Rahman Bin Baseair menjadikan Majlis Malam Tautan tersebut ditutup secara rasmi. Majlis berakhir kira-kira pada pukul sebelas malam. Sebelum bersurai, diadakan pula sesi fotografi bagi merakam kenangan untuk majlis yang cukup bermakna tersebut. Mudah-mudahan majlis yang serba ringkas ini merupakan satu permulaan bagi menuju kebaikan dan mendapat rahmat Allah s.w.t..

Malam Tautan PERKEPISMalam Tautan PERKEPIS

3 Comments

  1. rindok ati said,

    July 12, 2009 at 7:24 am

    RINDOK ATI!!

  2. kak eda said,

    July 12, 2009 at 7:30 am

    salam.kmk gumbira dgn penulisan d blog ktk.keep it up!

  3. April 5, 2010 at 5:10 am

    Assalamulaikum..Kami ingin memawarkan tempat berkursus di kem Lambaiana Air Terjun, Sg Gabai, Hulu Langat, Selangor, Kemudahan seperti asrama, chalet, dewan ceramah, surau, dewan makan dan lain- lain, boleh buat aktiviti kembara, dan lain- lain, harga RM38 siap makan, jika nak masak sendiri atau berkhemah pon boleh- hubungi kamal-019-6675877


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: