Kem Berambeh Selaseh IV

KBS 4

Assalamu ‘alaikum.

Mari berhujung minggu bersama rakan-rakan seperjuangan yang berasal dari bumi Kenyalang, Sarawak. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan pekerja, yang tidak lekang daripada urusan-urusan yang meletihkan dan memenatkan, marilah kita bersama dalam merehatkan diri untuk menenangkan minda dan fizikal kita di salah sebuah tempat yang menarik di Ulu Langat Selangor. Pada 31 julai 2009 hingga dua Ogos 2009, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan mengadakan sebuah program yang dinamakan Kem Berambeh Selaseh IV (KBS IV). Program ini akan dijalankan selama tiga hari di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak, Ulu Langat, Selagor.

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar sarawak di bumi semenanjung ini. Kami menjemput semua pelajar Islam Sarawak dari IPTA mahupun IPTS untuk menyertai program ini. Kepada yang sudah mempunyai kerjaya, penyertaan anda semua juga amat digalakkan. Dalam program ini, bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu Sarawak, tetapi tidaklah dilarang untuk kita menggunakan bahasa-bahasa lain. Dengan itu, kepada pelajar yang berasal dari semenanjung Malaysia, tidak menjadi halangan untuk anda ikut serta dalam program ini. Apa diambil kira, anda dapat memahami bahasa Melayu Sarawak yang telah dipilih sebagai bahasa pengantar sepanjang program ini.

Tema program KBS IV kali ini ialah Melentur Budi Melakar Kasih Sayang , dalam program ini, insya’ Allah akan dijalankan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti rekreasi dan aktiviti berkumpulan (makluman secara umum, yang selanjutnya akan anda ketahui jika anda turut menyertai program ini). Program kali ini lebih condong kepada aktiviti kerohanian, dengan adanya aktiviti seperti ini, maka dapatlah kita merasai kenikmatan yang sebenar dalam setiap aktiviti yang akan kita lakukan. insya’ Allah.

Lokasi program juga agak menarik kerana lokasi itu merupakan kawasan rekreasi yang  popular, iaitu terdapat keunikan yang tersendiri. Inilah peluang kita untuk bersama dalam meluangkan masa untuk menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t. selari dengam konsep kerohanian itu tadi, maka peluang untuk kita menghayati dan mengamati kebesaran Allah s.w.t. akan lebih terkesan dalam diri kita, sekali gus akan membuatkan diri kita berasa tenang lantas kita dapat membuang segala tekanan negatif yang datangnya daripada masalah ketika berada di kampus dan sebagainya. Semoga usaha kita untuk mendidik jiwa dan menjalinkan persahabatan (kerana Allah s.w.t./ fillah) dalam kalangan peserta berhasil dengan jayanya.

Sepanjang program ini, peserta akan diberikan input atau pengisian  yang berguna oleh senior-senior yang sudah banyak menimba pengalaman dalam menempuh kehidupan belajar di bumi semenanjung ini. Siapkan soalan anda, agar mereka tidak dapat duduk senang kerana asyik ditanyakan soalan oleh junior-junior mereka (dengan niat baik). Antara konsep yang terdapat dalam program ini ialah santai Islamik, jadi anda tidak perlu malu atau segan untuk bertanya atau memberi pendapat ketika berada dalam program ini selagi perkara yang anda ingin ajukan selari dengan adab yang digariskan dalam ajaran Islam.

PEMBERITAHUAN:

1. Semua peserta diminta berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) pada pukul lima petang. Semua peserta akan bertolak dari KTM BTS menuju ke lokasi (Ulu Langat) pada pukul 9 malam dengan menggunakan pengangkutan yang akan disediakan.

2. Yuran yang perlu dibayar bagi setiap peserta ialah RM10. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, tidak menjadi masalah kerana peserta boleh membayar yuran selepas tamat program (pada bila-bila masa, boleh dibayar kepada wakil PERKEPIS yang dipertanggungjawabkan). Sesi pembayaran sebenar akan dilakukan semasa berlangsungnya program.

3. Segala pertanyaan tentang program yang akan berlangsung ini, anda boleh hubungi:

a.)    Hisyamuddin                 – 013 8114445

b.)    Nur Syazwani                – 013 2983436

c.)    Ruzanna                       – 013 9965795

d.)    Azam Ahmed                – 017 8525490

WAllahu ‘alam.

Sekian, terima kasih.

29 Comments

  1. Islamic Thinking said,

    June 22, 2009 at 4:47 am

    salam, kepada sesiapa yang berminat, boleh berikan nama anda, nombor telefon, dan nama pusat pengajian anda di ruangan komentar ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh juga disertakan sekali. tafaddal.

    • muhammad haziq qaiyum bin roslan said,

      July 24, 2009 at 8:05 am

      salam,
      kmk n sahabat2 dari Darul Quran bminat nak join kbs4, insyaALLAH…

      Muhammad Haziq Qaiyum bin Roslan – 013 272 28 55
      Khairul Anam Hazmizan bin Hasli – 013 200 19 04
      Mohammad Wardi bin Nordin – 019 810 63 03

  2. Contoh said,

    June 22, 2009 at 1:27 pm

    salam.
    saya ingin menyertai program ini.
    Azam Ahmed Bin Husein
    019 3671089
    UIAM PJ

    ini kali pertama saya akan mengikuti program seperti ini. harap dapat hasil yang terbaik. Insya’ Allah.

  3. cikgunurul said,

    July 4, 2009 at 1:51 am

    salam…kamek ikut juak InsyaALLAH mun xda halangan

    nama: Nurul Sebtuyah bt Othman
    013-2772296
    UPSI

  4. dr. muslimah said,

    July 9, 2009 at 2:48 am

    assalamualaikum
    ana berminat untuk mengikuti kem ni kalau xde halangan

    nama: SHARIFAH SYAEIRAH BINTI SYED SAFIAN
    no hp: 013-3232231 / 017-6990696
    univ: MSU shah alam

  5. cikgunurul said,

    July 9, 2009 at 5:29 pm

    tok nama miak UPSI lain yg mo join kBS4

    siti khadijah bt Suut- 013 5652 654
    umilla binti baha- 0134126586
    zaiton binti osman- 019 8917 487

  6. ct_kentsz said,

    July 10, 2009 at 3:45 am

    kmk berminat nak ikut kem berambih tok…diharap akan mendapat input yang terbaik…insyaallah…

    • Islamic Thinking said,

      July 10, 2009 at 4:49 am

      insya’ Allah. kitak boleh nulis/lapor maklumat diri kitak di sitok. sertakan nama, nombor telefon, dan pusat pengajian (tempat belajar/bekerja)

  7. cikgunurul said,

    July 10, 2009 at 10:52 am

    salam…

    ktk leh kmk dapatkan tentatf program, mun ada la…
    sebab kawan2 kmk nanyak pasal tntatf..

    mun xda tentatf pun cerita sikit apa juak di polah kita di program ya kelak…

  8. aisyah said,

    July 12, 2009 at 5:42 pm

    salam..
    kmk n sahabat kmk akan menyertai kbs4
    Siti Aisyah bt. Madini
    0138286137
    UM

    Khairun Nesa bt. Mohd. Julaihi
    UM

  9. azizan ajiji said,

    July 13, 2009 at 5:20 am

    kepada yang sudah mendaftar, boleh la ajak lagi sapa kawan yg dari sarawak laijn yang anda kenal. cikgu nurul, boleh x nak mintak tolong ktk ajak skali kwn2 kmk smkai dolok yg studi upsi juak. tk nbr2 nya..
    najaliah : 0148835163
    azlan : 0194862900
    ahmad : 0138227022
    halpatiko: 0145995234
    mun ktk berkesempatan la.. mun bz, xhal..
    jazakallahu khairan jaza’

    • Islamic Thinking said,

      July 13, 2009 at 5:51 am

      Bagus, alhamdulillah. tambah lagi peserta, insya’ Allah.

    • cikgunurul said,

      July 16, 2009 at 4:48 pm

      salam..azizan..kmk dh msj cdak tp xdpt respon gk..kelak kmk cb nanyak gk..

      najaliah madah nya x pg kali…
      yg lelaki kmk lom cnfirm kn agik la

  10. cikgunurul said,

    July 13, 2009 at 6:31 am

    salam…
    to azizan ajiji,
    kelak kmk msj cdak…
    InsyaAllah rame geng dari upsi mun xda apa2 halangan or aktiviti lain di kampus…

    • Islamic Thinking said,

      July 13, 2009 at 11:19 am

      Mari rami-ramikan program tok… (betul kah bahasa Sarawak yang kamek pakei tok?) kamek budak baru belajar…

  11. cikgunurul said,

    July 16, 2009 at 4:44 pm

    nur syahirah bt anuar 012 8532 805

    dayangku nur izzah bt awang shahpudin 019 4179 066

    ROHIMANAZRIN BINTI IBRAHIM
    013-8374091

    tok dr UPSI

  12. cikgunurul said,

    July 19, 2009 at 2:44 pm

    Fadzila binti rahman 016- 8658 614
    Norazmin bt abdullah 019- 8669 459
    Nurazwa binti mohamed 014- 8896 980
    Nurliyana bt jarawi 019- 3732 291

  13. cikgunurul said,

    July 19, 2009 at 2:56 pm

    khairul anuar ibrahim bin mohidin 016- 8646 475

  14. mizah alasri said,

    July 20, 2009 at 3:38 am

    salam
    nur ramizah al aisri@alasri d mmu melaka (YM:mizah_kmm@yahoo.com)
    & halwatul raudha abd karim d iium,gombak
    kami mendaftar utk menyertai KBS IV:)
    insyaALLAH jumpa nnt

    • Islamic Thinking said,

      July 23, 2009 at 7:58 pm

      Salam, minta nombor telefon kitak orang, insya’ Allah

  15. July 20, 2009 at 12:04 pm

    nampaknya rempuan rami tok.. ney laki.. ajak la kwn2 laki ktk orng..

  16. Hisyam said,

    July 22, 2009 at 3:48 am

    aok la nang cmya laa , so kenak perhebatkan lagik la promosi dan pencarian peserta lelaki lagik…….

  17. Eda said,

    July 23, 2009 at 5:08 am

    Muslimin,muslimin!

  18. cikgunurul said,

    July 23, 2009 at 12:47 pm

    kmk gk tgh carik cdak gik la tok…ne tuju miak laki rah upsi tokka…

  19. azizan said,

    July 23, 2009 at 12:50 pm

    ee kak eda.. kdak cikgu jak ktk nunggah kdak ya eh..
    hehe.. juh kta molah tugasan.. tiap sorang yang pernah komen ctok cari 2 orang. ok, kmk dah setel. dah ada 2 orang..

  20. Islamic Thinking said,

    July 23, 2009 at 6:55 pm

    salam, serius rindok ati kamek, nang meriah kali tok! bah, duak orang jak kah bang Zizan?😀
    Bang Zizan, BAZLI, HAZIQ, dan HAFI tok apa nama penuhnya? ungkah sekali nombor telefon sidak ok🙂

  21. Islamic Thinking said,

    July 23, 2009 at 6:56 pm

    Carik urang, sambil mencari cermin diri….

    Misteri Nusantara Bukan Urang Kuching (panjang ada nama ya)😀

  22. azizan ajiji said,

    July 24, 2009 at 3:16 am

    haziq kmk x tauk sapa merik.. sama ada haziq iic n haziq DQ..
    1) mohd bazli bin md radzi tk nbr nya 0132008543. email pun ada- shinichi_conankunz90@yahoo.com
    2) abdul Al-Haffiz bin Abdul Aziz
    0132980108
    arefiez_91@yahoo.com.my

    duak ya jak lok dari kmk..

    hurun ain kan dah pindah uitm samarahan..

    blh lapor jumlah peserta setakat tok azam?
    bp laki bp mpuan n semua…

    • Islamic Thinking said,

      July 24, 2009 at 5:12 pm

      belum pasti lagi, tapi setakat tok, penyertaan sangat menggalakkan. alhamdulillah.😉


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: