Mendirikan Rumah Tangga

kahwin

Allah s.w.t. menciptakan setiap makhluk-Nya itu dalam berpasang-pasangan, Maha Suci Allah s.w.t. yang menciptakan hamba-Nya itu sifat dan keperibadian yang khas dan berbeza bagi setiap manusia. Maha Suci Allah s.w.t. juga yang mengurniakan kebaikan dalam jiwa dan akhlak manusia. Alhamdulillah, dalam ruangan ini, jika diizinkan Allah s.w.t., dapatlah kiranya saya sebagai seorang remaja untuk membincangkan, memanjangkan dan menilai sejauh mana perkahwinan itu dapat menambah kebaikan dalam hidup seseorang manusia khususnya kepada yang ingin mendirikan rumahtangga pada usia remaja. Insya’ Allah, perkara ini dapat membawa kepada bertambahnya ilmu atau menajamkan kefahaman yang sedia ada jika hal ini dibincangkan dengan lebih lanjut.

“Dan bukankah Kami(Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?”

(An-Naba’:8)

Allah s.w.t. telah menetapkan jodoh seseorang itu sebelum kelahirannya ke dunia lagi. Namun, apakah harus sesorang itu mencarinya atau membiarkan saja dirinya didatangi oleh seseorang (jodoh) yang telah ditetapkan itu? Masa itu tetap berlalu dan usia itu sentiasa merujuk kepada masa yang berlalu, seseorang yang telah masuk ke usia remaja pasti tidak akan dapat dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa mereka ini adalah golongan yang baru merasa “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” sesama mereka ( lelaki dan perempuan). Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, setinggi manapun ilmu, budi, dan akhlak seseorang itu, pasti tidak dapat berkata “tidak setuju” dengan kenyataan itu. Sifat “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” itu merupakan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Maha Suci Allah s.w.t. yang menjadikan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain (lelaki dan perempuan), yang sebenarnya membawa kepada hasil yang lebih baik lagi mantap. Adapun manusia itu diciptakan berpasang-pasangan, (tegas!) bukanlah ia dijadikan sebagai satu dalil atau alasan untuk manusia melakukan “kerosakan” di muka bumi ini, iaitu mengadakan hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan, tanpa adanya konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. (iaitu melakukan maksiat). Untuk berpasangan itu haruslah melalui kaedah dan cara yang betul lagi diredhai Allah s.w.t..

Allah s.w.t. memerintahkan dalam firman-Nya:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian(bujang)[1] di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah s.w.t. akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah s.w.t. Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Nur:32)

[1]. Maksudnya: hendaklah lelaki yang belum berkahwin atau wanita- wanita yang tidak bersuami, dibantu agar mereka dapat berkahwin.

Jelas dinyatakan dalam fimanNya memerintahkan agar lelaki dan perempuan yang belum atau tidak bekahwin, untuk dicarikan jodohnya, tapi hanyalah dengan cara dan kaedah yang diredhai oleh Allah s.w.t..

مَا أَحَلَّ اللهُ حَلاَلاً أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ النِّكَاحِ

(tidak ada sesuatu yang halal yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. lagi dicintai-Nya daripada nikah)

Demikian juga dinyatakan dalam sebuah hadith tentang menjodohkan (mengahwinkan) anak (perempuan) yang lebih kurang  membawa maksud:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila datang seseorang yang kamu sukai agama dan kejujurannya untuk melamar puteri kamu, maka nikahkanlah dia, jika kamu tidak melakukan demikian, maka hal itu akan menjadi fitnah di muka bumi juga kerosakan besar.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

Dapatlah kiranya kita memahami bahawa perintah-printah ini harus difahami oleh masyarakat pada zaman sekarang, yang pasti apabila diikuti, maka terbentuklah persekitaran yang menyejukkan mata lagi membawa keberkatan dalam sesebuah kehidupan bermasyarakat. Inilah muqadimah yang perlu difahami oleh setiap individu muslim khususnya para ibu bapa dan remaja-remaja yang berminat dan teringin untuk mendirikan rumah tangga, insya’ Allah.

Apakah tujuan berkahwin?

Setiap hasrat untuk mengikat hubungan (perkahwinan) itu haruslah disertai dengan niat yang baik dan ikhlas. Setiap perkahwinan itu harus ada perancangan untuk membentuk keluarga yang sakinah. Berkahwin bukan sekadar apa yang kebayakkan masyarakat fahami sekarang, iaitu untuk mengelakkan daripada melakukan maksiat. Benar, ia adalah salah satu tujuan utama perkahwinan, tapi, cuba kita kembali ke dasar sekali lagi, “manusia itu diciptakan dalam keadaan berpasang-pasangan”. Maknanya, setiap manusia memang perlu untuk berpasangan (lelaki dan perempuan), iaitu melalui perkahwinan, dan pastinya fitrah manusia itu mencari kebahagian. Untuk mencari kebahagian dalam rumah tangga pula, haruslah perkahwinan itu didasarkan atas niat yang baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bernikah adalah sunnahku, oleh itu, sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia tidak suka denganku”

(Hadith riwayat Abu Ya’la)

Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan para pemuda-pemudi untuk bernikah, seperti yang terkandung dalam maksud sabdaan Baginda:

“Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia bernikah, kerana sesungguhnya menikah itu dapat (lebih)memejamkan pandangan, dan menjaga kemaluan. Sesiapa yamg belum mampu bernikah, maka hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pencegah daripada nafsu syahwat

(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Kenapa sering dikatakan “ada kelebihan berkahwin awal” tidak kira sama ada masih belajar atau sudah habis belajar (khususnya remaja)?

Perkahwinan itu merupakan satu ikatan pernikahan yang barang siapa (pasangan) yang telah melepasinya, maka, pasangan itu boleh melakukan apa yang mereka mahukan (menzahirkan kasih sayang dan sebagainya) dengan batasan-batasan yang berlandaskan konsep kehambaan kepada Allah s.w.t.. Maka, apakah kelebihan berkahwin itu?

Sabda Nabi s.a.w. yang lebih kurang membawa maksud:

“Sesiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”.

(Hadith riwayat Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Adapun dari atsar, kata Ibnu Abbas r.a. yang kira-kira bermaksud: “Ibadat seseorang itu tidak akan sempurna sehinggalah dia bernikah”.

Maka, bolehlah dikatakan bahawa kelebihan perkahwinan itu adalah:

  1. Dapat meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah s.w.t..
  2. Memperoleh pahala kerana mengikuti sunnah Nabi s.a.w..
  3. Dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat.
  4. Dapat meluahkan perasaan kasih dan sayang.
  5. Dapat keredhaan Allah s.w.t. kerana mampu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

 

 

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan perkahwinan itu boleh meningkatkan kualiti ibadat?

Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan perkara yang diredhai Allah s.w.t., maka sudah semestinya ada kebaikannya dan tidak sama sekali keburukkan. Perkahwinan yang berlandaskan niat yang bersih sudah semestinya akan dapat melahirkan kualiti keluarga yang bersih. Ibadat seperti solat, puasa, mencari ilmu, bekerja dan sebagainya itu akan terasa lebih indah dan seronok jika dilakukan bersama orang yang tercinta (isteri bagi lelaki, dan sebaliknya). Begitulah halnya juga jika kita melakukan ibadah atas dorongan orang yang tercinta. Seperti berbalas-balas dorongan, bantuan, dan senda gurau. Insan mana yang tidak bersemangat jika ada kekasihnya(suami/isteri) saling menegur demi kebaikan, mendorong untuk gigih beribadah, dan bersama dalam setiap perkara yang dilakukan. Perkahwinan juga memudahkan urusan kita kepada Allah s.w.t., seperti mudahnya hamba Allah s.w.t. itu memasuki syurga seperti mana yang dimaksudkan dalam hadith:

Rasulallah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa sahaja perempuan (isteri) yang meninggal dunia, dan suaminya reda, maka perempuan itu masuk syurga

(Hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Rasulallah s.a.w. juga bersabda dalam hadith yang lain:

“Apabila seorang perempuan (isteri) menunaikan solat lima waktunya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka dia dimasukkan ke dalam syurga Tuhannya”

(Hadith riwayat Ibnu Hibban)

Perkahwinan itu merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w..

Nabi (Muhammad s.a.w.) juga merupakan manusia yang mempunyai fitrah seperti setiap manusia yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan manusia pertama yang memasuki syurga, kerana Baginda s.a.w. adalah insan terbaik dan kata-kata Baginda s.a.w. adalah benar. Nabi s.a.w. telah banyak berpesan kepada umatnya untuk berkahwin, jadi, tidak mungkin (tujuan sebenar) perkahwinan itu membawa kepada kesan yang tidak baik, bahkan sebenarnya kebaikan yang dijanjikan, seperti mana firman Allah s.w.t. dan sabda Nabi s.a.w. yang telah dibincangkan tadi. Perkara yang jelas yang boleh diperoleh melalui perkahwinan ialah pahala mengikuti sunnah nabi s.a.w. dan pahala umpama mendirikan sebuah masjid. Malah lebih banyak ganjaran dan pahala yang boleh diperoleh sekiranya sesuatu perkahwinan itu diberi pengisian yang baik di dalamnya (berusaha membentuk keluarga yang sakinah).

Dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.

Memang tidak dapat disangkal bahawa inilah salah satu tujuan utama wujudnya “perkahwinan”, namun ia bukan tujuan keseluruhannya. Pengertian bagi “maksiat” dalam konteks ini lebih membawa kepada maksud melakukan dosa-dosa yang didasarkan kepada nafsu syahwat. Rasulullah s.a.w. perpesan supaya umatnya berkahwin agar dapat menyalurkan keinginan syahwat melalui cara yang diredhai (bernikah dahulu). Sesungguhnya perkara (menzahirkan kasih sayang/bergaul) itu juga banyak membawa kelebihan dan kebaikan seperti dapat menambah kasih sayang antara suami isteri, dapat (lebih)membaiki hubungan, dan mendapat pahala sedekah apabila melakukannya.

Firman Allah s.w.t.:

“Oleh itu, datangilah kebun tanaman (isteri) kamu menurut cara yang kamu sukai”

(Al-Baqarah:223)

Perintah Allah s.w.t. ini hanya boleh dilakukan seandainya pasangan (lelaki dan perempuan) itu telah bernikah! Begitulah kelebihan yang terkandung dalam perkahwinan, Allah s.w.t. meredai setiap perbuatan hamba-Nya selagi tidak melanggar larangan-Nya. Maka, hubungan yang tidak terjaga sebelum pernikahan itu merupakan pendekatan kepada maksiat  dan menghampiri kemungkaran Allah s.w.t.. Tidak ada cara yang lebih baik dan diredhai oleh Allah s.w.t. dalam sesuatu hubungan (antara lelaki dan perempuan) itu kecuali dengan ikatan yang sah (pernikahan). Seandainya seseorang itu belum mampu untuk berkahwin, maka pesan Rasulullah s.a.w. agar kita berpuasa kerana ia mampu mencegah daripada nafsu syahwat.

Dapat meluahkan kasih sayang.

Sesungguhnya kita tahu adab-adab bagi lelaki kepada perempuan ajnabi (asing/dan belum berkahwin) dan jika sebaliknya juga. Antaranya ialah tidak boleh meluahkan perasaan kasih sayangnya, seperti meluahkan rasa cintanya sama ada melalui perkataan lisan, tulisan, dan sebagainya. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, haruslah juga menjaga adab-adab sebelum kahwin itu kerana ia akan membawa kesan kepada keluarga yang akan dibina itu nanti.

Dengan adanya ikatan pernikahan, maka dibolehkanlah pasangan meluahkan atau menunjukkan perasaan kasih cinta dan sayang, yang demikian itu lebih diredhai Allah s.w.t.. Rugilah manusia yang “ingin dicintai dan ingin mencintai” itu, kerana tidak mengambil berat tentang hal ini (bernikah). Sedangkan ia merupakan saluran yang betul untuk mereka ambil bagi tujuan berkasih sayang kerana kelebihannya yang terlampau banyak dan akan mendapat keredaan Allah s.w.t..

Mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah.

Kebanyakan manusia (perempuan) itu mampu melahirkan anak, namun, hanya yang mempunyai ikatan pernikahan yang sah sahaja yang akan mendapat keredhaan dan berkat daripada Allah s.w.t., iaitu tidak bertujuan untuk mendapatkan anak dengan cara yang haram! Sesungguhnya anak yang baik itu lahirnya juga dari yang baik (cara yang baik). Dan sesungguhnya, anak-anak yang baik itulah yang berguna kepada ibu bapa (di dunia dan akhirat), juga kepada masyarakat dan agama.

Rasulallah s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali daripada tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang berdoa untuknya”

(Hadith riwayat Muslim)

Harus diingat, pasangan yang menginginkan anak yang soleh itu haruslah  bernikah terlebih dahulu, dan menjaga batas-batas dalam ketika “bersama”. Begitu besarnya fadhilat (kelebihan) ikatan pernikahan itu. Dengan terikatnya pasangan itu malalui ikatan pernikahan, maka banyaklah kebaikan yang mereka akan peroleh sehingga tidak terkira jumlahnya, di dunia hingga akhirat.

Di sini saya sertai juga panduan memilih pasangan hidup (bagi lelaki yang mencari pasangannya).

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah sesiapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda s.a.w. dalam hadith yang lain:

“Mengapa engkau tidak memilih seoorang gadis yang dapat bersenang-senang denganmu?”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Terdapat juga panduan lain yang telah disepakati dalam memilih bakal isteri demi keberkekalan dan kebahagian rumah tangga iaitu, memilih kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana kebaikannya, kerana mas kahwinnya yang murah, kerana dapat memberi keturunan, kerana kecantikannya, dan kerana keturunan;  dan yang bukan daripada kerabat yang dekat.

Pemilihan berdasarkan agama itu merupakan yang paling ditekankan dan paling penting dalam pemilihan bakal isteri bagi mendapatkan keluarga yang bahagia lagi berkekalan. Sesungguhnya perempuan yang beragama itu ialah perempuan yang solehah, dan wanita solehah itu merupakan hiasan duniawi yang paling tinggi nilainya.

 

Kecantikan juga merupakan faktor yang penting dalam pemilihan bakal isteri, namun tidak sepenting agamanya. Fitrah manusia, menyukai yang cantik. Kecantikan penting dan ia merupakan antara sebab lahirnya rasa kasih dan sayang terhadap sesuatu. Dalam Islam, dianjurkan bagi lelaki yang ingin menikahi bakal isterinya untuk melihatnya terlebih dahulu dengan batas-batas yang yang ditetapkan sahaja.

Pemilihan berdasarkan mas kahwin juga diambil kira dalam pemilihan bakal isteri. Sesungguhnya mas kahwin yang mahal itu tidak digalakkan. Dalam satu hadith ada dinyatakan bahawa antara keberkatan seorang perempuan itu adalah segera dinikahkannya (bagi seorang yang berkuasa. Contoh:bapa, datuk), segera melahirkan dan mas kahwin yang murah. Dan dimakruhkan mas kahwin yang mahal daripada pihak wanita.

 

Bagi setiap wali kepada perempuan, haruslah pandai memilih pasangan bagi anak perempuannya. Jangan dinikahi lelaki yang buruk perangainya, yang buruk rupanya, yang lemah agamanya, yang tidak menunaikan haknya dengan baik, atau lelaki yang tidak sepadan dengan perempuan dalam masalah keturunan.

Seseorang telah bertanya kepada Hasan: “beberapa orang telah datang untuk meminang puteriku, jadi, kepada siapakah harus aku nikahkan?” Hasan menjawab: “kepada orang yang lebih bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Sebab jika lelaki tersebut mencintai anak perempuan anda, maka dia akan memuliakannya, dan jika lelaki tersebut marah kepada anak perempuan anda, maka dia tidak akan menaganiaya anak perempuan anda”.

 

 

WALLAHU ‘ALAM

 

 

Kalau cinta itu terjalin antara  lelaki dan perempuan yang belum

diikat oleh tali perkahwinan, maka  mereka tidak perlu berjumpa, bercanda

atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak

Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melaggar

syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama

berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah s.w.t..

Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal

atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan

kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat

bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab

masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta

yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa

tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang

dialirkan sebab-sebab yang

murahan.

Tidak payah bersentuhan tangan,

kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah

berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun

berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri,

maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya

kepada suami datang dari cintanya kepada Allah s.w.t..

Petikan daripada,

Tentang Cinta,

Pahrol Mohammad Juoi,

Telaga Biru.

 

12 Comments

  1. Ana Muslim said,

    June 23, 2009 at 3:10 pm

    salam
    Perkahwinan itu anugerah yang mulia. setiap makhlukNya itu hidup dalam keadaan berpasang-pasangan, maka bersabarlah kepada sesiapa yang mengidamkan perkahwinan. mendirikan rumah tangga bukan sekadar mahu mengelakkan diri daripada terjebak dalam kencah kemaksiatan, tapi atas dasar perjuangan agama itu lebih utama.
    wAllahu ‘alam.

  2. dhasila said,

    July 7, 2009 at 7:42 am

    artikel yg sungguh best la!!!

  3. azizan said,

    July 23, 2009 at 12:57 pm

    bah azam..
    tulis dah..
    bila nak mempraktikkan..

  4. khaira umairah said,

    August 5, 2009 at 4:32 pm

    Di dalam subjek Institusi Kekeluargaan Islam menekankan perkahwinan awal. kerana di dalamnya terdapat banyak kebaikan. Semoga Jannatul Izzah yang penuh dengan 1001 keberkatan akan dirahmati dan diredhai Allah swt atas nama Cinta KeranaNya..

  5. fidz said,

    August 29, 2009 at 1:34 pm

    salam ziarah..

  6. gadis desa said,

    September 4, 2009 at 1:30 pm

    salam..semoga mendapat mujahidah yg baik..

  7. adi muhammad said,

    January 12, 2010 at 4:08 am

    dua tahun lagi.. insya Allah!! amin!:D

  8. April 22, 2010 at 1:56 am

    Mok kawen juak…. huuuuu….

  9. April 24, 2010 at 8:42 am

    Pertanyaan: Ada atau tidak anda pernah mengalami pengalaman dilarang untuk berkahwin sama ada daripada sahabat-sahabat, ibu bapa, dan sebagainya? Apa alasan mereka berbuat begitu?

    Sekadar pertanyaan.🙂

  10. July 13, 2010 at 7:30 am

    moga ketemu dengan jodoh yang cocok.. ameen

    • July 13, 2010 at 11:04 am

      Oh, orang Indonesia boleh faham Bahasa Kebangsaan negara Malaysia. Selamat membaca wahai saudara kami di Seberang sana.

  11. sarifah said,

    July 25, 2012 at 3:35 pm

    kawin tu sunnah nabi maka ikutilah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: