Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak Di UIAM Nilai

Minaret Nilai 127 Jun 2009 bersamaan 4 Rejab 1430 Hijrah pada hari sabtu, telah diadakan satu perjumpaan untuk pelajar Islam Sarawak di bawah Persatuan PERKEPIS cawangan semenanjung di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh sebilangan sahaja daripada ahli PERKEPIS iaitu seramai 23 orang. Hal ini kerana majoriti ahli menghadiri program lain pada masa yang sama khususnya pelajar Asasi UIAM, iaitu Global Player Development Programme (GPDP) di kampus Nilai dan Petaling Jaya. Pelajar-pelajar yang hadir terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai universiti dan institusi pengajian seperti UIAM, KUIS, UPSI dan sebagainya.

Naqib bagi perjumpaan yang diadakan kali ini ialah saudara Nu’aim, pelajar Asasi UIAM Nilai. Sesi pertama dalam perjumpaan ini ialah sesi taaruf. Setiap ahli yang hadir diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing dan memberitahu sesuatu yang baharu kepada ahli lain (suatu perkara tentang diri yang belum diketahui oleh ahli lain selama ini), sebagai contoh, “saya tidak pandai makan ketam sejak kecil lagi”. Hal ini bertujuan untuk menambah rasa kenal dan merapatkan ukhwah dalam kalangan ahli. Namun, ada juga yang tersilap tafsir tentang perkara “baharu” yang perlu diberitahu itu, ada pula yang memberitahu benda baharu yang mereka miliki, sebagai contoh, “saya ada tiket kapal terbang terbaru”. Kemudian dibetulkan tafsiran mereka oleh Saudara Iszuandy, Inilah perkara yang menarik.

Sesi seterusnya ialah makan secara berjemaah. Mungkin anda akan tertanya-tanya, “perjumpaan ini baru sahaja bermula, kenapa terus masuk sesi makan?”. Jawapannya senang sahaja, majoriti ahli berasa lapar kerana telah menempuhi perjalanan jauh dari pusat pengajian masing-masing menuju ke Nilai. Perjumpaan kali ini diadakan di Nilai buat pertama kali, kerana mengikut kebiasaannya akan diadakan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Juadah makanan kali ini juga tidak seperti biasa, bermakna ia lebih istimewa iaitu makanan yang bertemakan ayam di samping terdapat juga juadah lain seperti air sup, sup cendawan, taufu, sayuran, nasi, dan minuman berkarbonat berwarna merah (daripada Rasamas Restoran). Juadah istimewa ini ditaja oleh seseorang, itulah sebabnya. Maka rugilah siapa yang terlepas daripada perjumpaan kali ini. Dalam menjamu selera bersama, boleh juga berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman, itulah yang menarik ditambah lagi dengan rasa ayam yang sedap.

surah Yunus (62-70)
Bacaan Surah Yunus ayat 62 hingga 72 berkumandang di sekitar luar Masjid Nilai. Itu adalah sesi seterusnya, iaitu sesi Tadarrus Al-Quran. Sesi ini mesti ada dalam setiap perjumpaan bagi menunjukkan kita sebagai umat Islam akan sentiasa bersandar kepada kalamallah (al-Quran). Setiap perkara haruslah dirujuk atau kembali semula kepada Al-Quran, itulah yang mahu dipertahankan dalam setiap perjumpaan yang diadakan.

Sesi seterusnya ialah sesi Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Zizan (Azizan Ajiji). Tajuk tazkirah yang diberikan ialah Maksud Sebenar Bahagia, Saudara Zizan memulakan sesi tazkirahnya dengan bertanyakan secara rambang kepada ahli yang hadir akan makna sebenar bahagia mengikut kefahaman mereka. Antara jawapan yang diberikan ialah:

“Bahagia itu ialah happy

“Bahagia itu ialah apa yang kita alami sekarang (perjumpaan yang diadakan pada waktu itu)”

“Bahagia itu ketenangan yang dianugerahkan daripada Allah s.w.t. kepada hamba-Nya, firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud, Aku (Allah s.w.t.) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. Dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t., maka sudah tentu kita akan diberikan ketenangan.”

Kemudian saudara Zizan meneruskan tazkirahnya dengan berkongsikan maksud “bahagia” mengikut pandangan ulama’. Bahagia itu bukan bersifat jasmani (contoh: kemewahan di dunia), tetapi rohani. Adakah dengan mempunyai harta yang banyak, keputusan yang cemerlang, dan jawatan yang tinggi (berkuasa), kita sudah bahagia? Adakah jika semua itu kita miliki, kita sudah bahagia? Sudah tentu bukan itu maksud kebahagian yang sebenar. Bahagia meliputi skop kerohanian, termasuklah ketenangan jiwa iaitu perasaan yang tidak gelisah apabila diberikan ujian yang berat dan ringan begitu juga dengan ujian kemewahan hidup yang melimpah ruah. Bahagia juga boleh didefinisikan sebagai ketenangan mental berbanding fizikal. Sudah tentu juga ketenangan mental itu lahir daripada ketenangan hati yang berpaut dan bergantung pada cinta Allah s.w.t..

Tiada kegelisahan hati dalam hidup seseorang itu kerana adanya keyakinan bahawa Allah s.w.t. yang mengaturkan segala perjalanan hidupnya baik perkara kebaikan mahupun perkara keburukan, semuanya atas kehendak Allah s.w.t. untuk tujuan kebaikan hamba-Nya juga di akhir kehidupan kelak. Keyakinan ini bukanlah sekadar disebut-sebut di bibir, tetapi keyakinan yang haq yang lahir daripada hati yang juga akan melahirkan tingkah laku dan amalan yang baik tanda bukti akan wujud keyakinannya. Untuk mendapatkan keyakinan ini, harus ada juga usaha yang gigih.

Berpeluangkah bagi insan yang telah banyak melakukan dosa untuk mendapat anugerah kebahagian hidup yang sebenar? Dalam usaha mereka ini bertaubat, menangis ketakutan mengingatkan azab Allah s.w.t., menggelatar tubuhnya sambil mengharap dosa-dosanya diampunkan, adakah mereka itu akan bahagia? Mereka sebenarnya bukan akan bahagia, tetapi sedang bahagia di dalam kesakitannya ketika sedang berusaha untuk bertaubat. Kelihatannya mereka sangat sedih dan hidup sangat rendah diri dengan insan yang lain kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan, tetapi pada hakikatnya merekalah orang yang bahagia. Mereka sedang dekat dengan Allah s.w.t. dan sedang merendah diri kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan, juga berasakan diri mereka tidak layak untuk mendapat syurga Allah s.w.t.. Tiadalah tujuan hidup yang paling mulia di alam ini kecuali untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zumar ayat 53,

surah az-Zumar 53 (1)

surah az-Zumar 53 (2)

Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t.. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Dosa-dosa hamba-Nya boleh diampunkan oleh Allah s.w.t. kecuali syirik, berdasarkan firman-Nya dalam surah An-Nisa’ ayat 48,

surah an-Nisa' 48 (1)

surah an-Nisa' 48 (2)

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampunikan apa (dosa) yang selain syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang mempersekutukan Allah s.w.t., maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar.

Dalam hadith ada menyatakan, mafhumnya,

“Semua anak Adam pelaku kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan ialah mereka yang bertaubat dengan segera” (Hadith riwayat Addarami)

“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai seorang hamba Mukmin yang telah terjerumus dengan dosa tetapi terus bertaubat.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Bahagia bukan datang dengan sendiri, tetapi perlu dicari, bahagia merupakan salah satu anugerah terbesar bagi seseorang Mukmin, maka usaha dan pengorbanan untuk memperolehnya juga haruslah besar. Apabila kita lapar, carilah makanan untuk mengisi perut agar tidak lapar lagi dalam jangka waktu yang sementara. Maka jika berasa tidak bahagia, carilah sumber bahagia dengan usaha menuntut ilmu dan sebagainya. Pengertian bahagia itu tidaklah sama bagi setiap individu kerana akan ada definisinya yang tersendiri terhadap maksud bahagia  berdasarkan apa yang pernah dialaminya selama hidupnya. Namun, tidaklah ditolak maksud bahagia yang sepatutnya menjadi asas kepada definisi setiap individu iaitu ketenangan jiwa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t..

Selepas sahaja tajuk Bahagia dibincangkan dan dikongsikan, masuk pula tajuk Ilmu. Maka ditanyakan sekali lagi kepada ahli yang hadir secara rambang, “apakah maksud ilmu bagi anda?”. Maka ada dalam kalangan ahli yang menjawab,

“Ilmu itu knowledge

“Maksud ilmu ialah sesuatu yang kita cari dan manfaatkan (disampaikan)”

“Menuntut ilmu itu adalah satu kefardhuan bagi setiap Muslim (berdasarkan hadith), ilmu itu merangkumi perkara yang baik dan tidak baik. Maka, berwaspadalah kita dalam memilih ilmu yang mahu dituntut. Perlulah kita mencari yang baik berbanding yang buruk. Itulah ilmu (yang baik)”

buku Naquib Al AttasSaudara Zizan menyambung tazkirahnya dengan memberi definisi ilmu menurut Prof. Dr. Naquib Al-Attas , ilmu itu ialah kehadiran diri pada makna, dalam makna ada diri, dan ilmu itu yang memberi makna kepada diri. Dalam menuntut ilmu, ada perkara yang perlu diutamakan iaitu ilmu mengenal Allah s.w.t.. Aqidah merupakan perkara utama atau asas sebelum menuntut ilmu yang lain. Setelah seseorang itu dilahirkan di muka bumi ini, perkara yang seharusnya ditanam dalam diri ialah bab Aqidah. Aqidah merupakan “akar”, jika aqidah seseorang itu benar dan mantap, maka ia akan menghasilkan “daun” dan “buah/bunga” yang sihat dan berguna. Begitu juga sekiranya jika sudah ada aqidah yang mantap, maka ilmu yang dituntut juga mesti yang baik dan akan menghasilkan output yang baik lagi berguna.
Tiba-tiba saudara Zizan menanyakan, “jika seseorang itu mahu memeluk Islam tetapi dengan syarat dia tidak mahu meninggalkan perkara yang haram (yang diharamkan dalam Islam kerana sukar baginya untuk meninggalkannya), maka, apakah kita akan melarang dia untuk memeluk Islam?”

Ada yang menjawab,

“masuklah Islam, tetapi wajib tinggalkan perkara yang haram dalam Islam itu”

Disambung pula dengan penerangan bahawa tidak perlu kita melarang seseorang itu tadi untuk memeluk Islam. “Lakukan sahaja apa yang kamu (orang yang ingin memeluk Islam) ingin lakukan, yang penting kamu mempunyai aqidah yang benar”, itu jawapan yang sepatutnya. Hal ini kerana persoalan syariat bukanlah utama dalam Islam, tetapi aqidah. Syariat hanya dapat dilaksanakan jika adanya aqidah yang mantap dan benar di dalam diri. Pada zaman awal pengenalan Islam di zaman Rasulullah s.a.w., tidaklah Allah s.w.t. menurunkan kalam sucinya yang lebih menjurus kepada persoalan hukum fiqh, tetapi soal aqidah yang didahulukan (contoh; surah-surah makkiyah).

seteguh-tekadSesi seterusnya ialah kupasan buku yang dibentangkan oleh saudari Eda (Sheril Aida). Buku yang terpilih ialah buku karangan Prof. Dr. Sidek Baba (Cikgu Sidek) yang berjudul Seteguh Tekad. Dalam pembentangan yang dibuat oleh Kak Eda, dapatlah disimpulkan bahawa buku ini berkonsepkan biografi penulis (Cikgu Sidek), iaitu rentetan perjalanan dan liku-liku kehidupan penulis sebagai pendidik bangsa. Menurut kisah yang ada pada buku itu, perjalanan hidup Cikgu Sidek bukanlah mudah, malah banyak pengorbanan yang telah dilakukannya sejak usia muda lagi. Kisah Cikgu Sidek ini boleh diterokai dengan mendalam jika anda membaca buku itu sendiri. Banyak pengajaran dan perkara yang dapat kita contohi melalui kisah Cikgu Sidek ini. Semoga kita mempunyai tekad yang teguh seteguh tekad Cikgu Sidek.

Usrah Nilai Jun Muslimat 2
Selepas sahaja selesai sesi Kupasan Buku, datang pula sesi yang wajib dilaksanakan pada waktu itu, iaitu solat Fardhu Asar. Azan berkumandang menunjukkan masuknya waktu asar, majlis ditangguh dahulu dengan bacaan suratul ‘Asr wa Tasbih Kafarah. Semua ahli menyiapkan diri dan seterusnya bersolat jemaah di dalam masjid. Selepas sahaja selesai menunaikan solat Fardhu Asar, maka semua ahli berkumpul lagi di suatu tempat yang hampir sama. Sebelum semuanya datang berkumpul, ada dalam kalangan ahli yang sibuk menangkap gambar bersama. Betul, inilah yang menarik, bukan selalu mengadakan perjumpaan di Nilai.Usrah Nilai Jun 6 Kemudian, majlis dibuka semula dengan bacaan ummul kitab, Surah Al-Fatihah. Sesi terakhir ialah sesi Round Table, setiap ahli boleh mengemukakan atau menyampaikan apa yang mereka rasa ingin sampaikan. Ucapan kiriman salam daripada ahli yang tidak dapat hadir disampaikan oleh wakil-wakil yang telah diamanahkan. Begitu juga dengan berita terkini, ada juga diberitahu, seperti perubahan tarikh dan tempat program Kem Berambeh Selaseh ke-4. Tarikh yang sebenar bagi program tersebut ialah 31 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009. Tempat pula ialah di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor. Sebelum sesi ini tamat, sedikit pesanan dan nasihat telah disampaikan oleh saudara Azrul (Azrul Jaini). Mudah-mudahan dengan doa penutup majlis yang juga diimamkan oleh saudara Azrul dapat membersihkan hati kita daripada niat yang buruk dan juga dapat mengikat tali persaudaraan yang kuat antara ahli kerana Allah s.w.t..

8 Comments

  1. aisyah said,

    June 29, 2009 at 3:17 pm

    salam..
    rasa rugi jak x pegi ria..
    tapi apakan daya..
    ada urusan..
    sebab ya x dapat join..
    huhuhu..

  2. rindok ati said,

    July 2, 2009 at 6:53 am

    suk kedirik kmk maca entri tok. tahniah dik… =D

  3. hurun said,

    July 2, 2009 at 4:37 pm

    weeehee:)
    i vote for this post!!ekeke..:p
    bes aieh post tok..xsbr mok pegi next perjumpaan..
    syabas!!

  4. azizan ajiji said,

    July 5, 2009 at 3:05 pm

    tahniah azam atas ulasan yang baik untuk perjumpaan tok. jarang orang boleh molah ulasan dengan bagus. moga jadi penulis yang berjaya satu hari kelak..

  5. Flash said,

    July 7, 2009 at 10:15 am

    Nice!

  6. annamlatun said,

    July 11, 2009 at 3:03 pm

    T.T rindunya ngan suasana tok…dolok usrah 3 org jak kat sukut Masjid As-Syakirin ya…

  7. azizan said,

    July 23, 2009 at 12:52 pm

    bah, hurun..
    bla gk ktk mok g pjumpaan sterusnya.. T.T

  8. daYang said,

    January 8, 2010 at 10:24 am

    salam wbt..

    walaupun entri tok dah lamak, tapi pengisiannya tetap mnyegarkan..
    makseyh.. =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: