Lokasi Perkumpulan Perserta KBS4

Stesen Bandar Tasik Selatan 3Assalamu ‘alaikum.

Ingin menyertai program KBS4 (Kem Berambeh Selaseh ke-4)? Jika “ya” jawapan anda, anda semua diminta untuk berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari jumaat. Anda perlu berada di sana sebelum pukul sembilan malam.

Stesen Bandar Tasik SelatanPengangkutan akan disediakan untuk menuju ke destinasi (lokasi program di Ulu Langat). Peserta akan bertolak pada pukul sembilan malam dari stesen KTM BTS pada hari tersebut. Selamat menanti program yang bermanfaat ini. Insya’ Allah ta’ala. Wassalam

Pertanyaan yang berkaitan dengan hal ini boleh diajukan kepada:

Saudara Azam Ahmed                – 017 8525490 / 019 3671089

Saudari Siti Raufa Sufrina             – 013 2983436

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KBS4, sila lihat di entri yang sebelumnya. Klik di sini.

Advertisements

Dialah Bakal Pemimpin Aku Dan Aku Memilihnya

Jendela

(Petikan daripada sebuah cerita)

Pada waktu pagi yang nyaman, aku segar melihat keindahan yang semula jadi daripada jendelaku. Jendelaku yang menghadap ke kawasan lapang tidak memperlihatkan kelibat manusia. Inilah waktu yang tepat untuk aku berhadapan dengan Yang Maha Pecipta keindahan ini. Aku mengambil wudhu’, kemudian masuk ke bilik aku semula. Aku atur elok-elok kain sajadahku. Aku memulakan solat dhuha dengan bisikan takbir. “Allahu akbar”.

daunTidak pernah aku berasa nikmat yang lebih indah selain berhadapan dengan Al-Khalik tanda bersyukur atas “hadiah” yang diberikan-Nya. Hadiah yang berbentuk keindahan, Read the rest of this entry »

♥Keindahan Datang Daripada Kecintaan♥

cinta-itu-indah

♥     ♥     ♥

Alam   yang   indah   datangnya   daripada   suasana   yang   indah,

Suasana yang indah datangnya daripada daripada kegiatan yang indah,

Kegiatan  yang  indah  datangnya  daripada  masyarakat  yang  indah,

Masyarakat yang indah datangnya daripada keluarga yang indah,

Keluarga yang indah datangnya daripada didikian yang indah,

Didikan yang indah datangnya daripada akhlak yang indah,

Akhlak yang indah datangnya daripada ilmu yang indah,

Ilmu yang indah datangnya daripada hati yang indah,

Hati yang indah datangnya daripada cinta yang indah,

Cinta yang indah itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Indah.