Penghijrahan Suatu Keperitan Dan Kebahagian

Hijrah

Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.

Bagaimanakah penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan? Pada zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah diberi perintah oleh Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Madinah, dan perintah itu ditaati semata-mata kerana Allah s.w.t.. Ancaman orang-orang kafir di tempat Baginda s.a.w., iaitu di Mekah bukanlah sebab utama penghijarahan itu berlaku, tetapi atas perintah Allah s.w.t. yang pasti banyak hikmah yang akan mendatangkan keuntungan kepada seluruh umat Islam secara keseluruhannya.

Keperitan dirasai ketika memulakan penghijrahan, namun kebahagiaan yang diimpikan pasti sedang menunggu jika penghijrahan itu dilakukan dengan  niat yang baik. Penghijrahan itu tidak akan berlaku seandainya keadaan pada waktu ini sudah aman, tenteram dan damai (dalam banyak aspek kehidupan). Tercetusnya tindakan seseorang itu untuk  berhijrah adalah disebabkan oleh kurangnya rasa bahagia di dalam hidupnya kini. Demi menuju kebaikan diri dan umat khususnya, maka hati yang benar-benar ingin mencari kebaikan di dunia ini pasti menjadi pemangkin seseorang itu untuk berhijrah demi menuju kebaikan.

Sesungguhnya apa yang telah kita miliki itu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi, kerana pasti, apa yang telah dimiliki oleh kita sekarang ini merupakan suatu ujian, iaitu ia akan mencerminkan diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi ujian itu, walau apapun bidang yang diceburi di dalam dunia ini. Peluang itu berada di mana-mana sahaja, sama ada peluang untuk melakukan kebaikan atau peluang untuk melakukan keburukan, dan pelbagai lagi peluang yang sentiasa terbuka untuk diceburi di dunia ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat terakhir;

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”

Jika apa yang kita ada sekarang ini telah kita yakini bahawa ia merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t., maka mengapa melakukan penghijrahan? Adakah ingin lari daripada ujian Allah s.w.t.? Jika dahulu penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda ke Madinah merupakan perintah daripada Allah s.w.t., maka adakah manusia pada zaman sekarang ini tidak boleh berhijrah kerana tiada perintah terus daripada Allah s.w.t. seperti hal penghijrahan Baginda s.a.w?

HijrahKita melihat penghijrahan Nabi s.a.w. itu sebagai sesuatu yang telah terjadi dan telah kita ketahui kesannya, maka daripada itu kita melihat apakah makna sebenar penghijrahan. Penghijrahan yang kita fahami daripada peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w. merupakan suatu perkara yang membincangkan hal hijrah yang lengkap dalam aspek kehidupan seharian.

Dalam kehidupan kita, ada hijrah yang dilakukan secara semula jadi atas usaha yang telah kita usahakan. Manakala ada penghijrahan yang dilakukan tanpa keadaan yang semula jadi, dan hijrah ini merupakan hijrah yang memeritkan diawalnya. Ia perit jika tindakan kita itu dinilai kesannya dengan penilaian yang berkaitan tentang perkara keduniaan, bukan penilaiaan yang bersandarkan keakhiratan.

Penghijrahan itu suatu perkara yang berat, setiap perkara yang dirasakan berat itu merupakan suatu bebanan, setiap bebanan yang kita rasai pula merupakan suatu ujian yang datang daripada Allah s.w.t.. Setiap ujian Allah s.w.t. itu bertujuan untuk mengesan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya, setiap ujian yang kita hadapi itu hanya bertujuan untuk kebaikan diri kita, jika bukan di dunia, maka di akhiratlah kebaikan itu muncul. Sesungguhnya, hanya insan-insan yang sedar akan ujian itu diberikan kepadanya sahaja yang akan memahami bahawa ia bertujuan untuk kebaikan. Atas kesedaran itu, maka muncul pula tindakan untuk menggapai kebaikan di sebalik ujian yang dihadapi. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, hikmah itu perlu dicari, pencariannya haruslah bersama kesedaran yang mengiringi, dan setiap kesedaran itu harus berteraskan aqidah yang betul dan hakiki di sisi Allah s.w.t..

Allahu’alam

8 Comments

  1. Adila said,

    November 8, 2009 at 7:07 pm

    Sebagai muslim zaman moden ini, kita pastinya tidak melalui rintangan getir umpama yang dihadapi oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan sahabat-sahabat Baginda. Walaupun cabaran yang melanda umat Islam masa kini tetap menuntut kita melakukan muhasabah diri, penghijrahan minda dan peribadi serta peningkatan iman dan semangat jihad dalam diri.
    entri yg menarik untuk dikongsi…….
    Allahualam

  2. :) said,

    November 13, 2009 at 10:27 am

    Assalamu’alaikum..

    nice post! :-bd

    *pada masa hadapan

    *datangnya dari hati

    *kebaikan dalam diri 🙂

    Wassalam

    • Islamic Thinking said,

      November 13, 2009 at 12:58 pm

      Wa ‘alaikumussalam. (kesalahan bahasa telah dibetulkan, terima kasih)

      Namun, “datangnya daripada hati” itu tidak mempunyai kesalahan. Untuk ayat ini, perkataan “dari” itu tidak sesuai untuk menggantikan perkataan “daripada”, kerana perkataan “dari” hanya digunakan dalam ayat yang berkaitan dengan tempat.

      Di masa hadapan (kurang tepat) – pada masa hadapan (lebih tepat)

      kebaikan di dalam diri (kurang tepat) – kebaikan dalam diri (lebih tepat)

      Terima kasih Adik Taniameow kerana menegur kesilapan ana dalam penulisan berkenaan.

      Syukran jiddan.
      Allahu ‘alam.

  3. November 19, 2009 at 2:42 pm

    waalaikumussalam..maaf ana baru balik…skang da mula cuti….pakcik!!!!!!! hehe

    oopps!!!! Briged!! Briged Saddam Husein..erm, ana tidak pernah lupa pon nama tu…..

    ana khabar baik…..^_^

    briged, kaifa haluka??? ..kenapa lama x online? ….eh..sapa yg lama x online ni? hehe..ok2..

    maaf2..krn x menggunakan bahasa melayu tinggi…..boleh tahu kenapa keluar WOI?….sila masuk balik!!!

  4. adi muhammad said,

    January 6, 2010 at 3:11 pm

    HIJRAH ITU PENGORBANAN!!
    HIJRAH ITU PERJUANGAN!!
    HIJRAH ITU PERSAUDARAAN!!
    HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN!!
    (><)

    tapi adakah hijrah itu hanya wujud bila datangnya tahun baru??($$)

    • January 6, 2010 at 6:03 pm

      Vokal mantap! tapi pitching “lari” sedikit. Harap diperbetulkan pada masa akan datang ya. Jangan berhenti berusaha ya! >:-O

      • adi muhammad said,

        January 8, 2010 at 7:11 am

        aik?? wah.. itu belum suara sebenar.. sudah dikatakan vokal mantap!(^^).. jika suara sebenar digunakan… ish, habislah kumpulan nasyid yang dianggotai oleh pihak itu~(^^)

        *p/s: sila jawab soalan ana itu…syukran;)

  5. January 11, 2010 at 12:01 am

    Adakah hijrah itu hanya wujud apabila datangnya tahun baharu?

    Secara ringkas, penghijrahan itu merupakan suatu perbuatan yang membawa diri ke arah perkara kebaikan dan meninggalkan keburukan. Penghijrahan setiap individu muslim itu hendaklah bertujuan untuk pembebasan diri daripada belengu keduniaan yang selalu menjadi penghalang untuk seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..

    Tujuan penghijrahan pada akhir zaman ini lebih menyeru ke arah melakukan perkara yang lebih membawa kepada kebaikan daripada sebelumnya seperti apa yang telah dimaksudkan oleh Rasulallah s.a.w.. Maka apabila menyebut perkara kebaikan, sudah tiada persoalan lagi tentang bilakah waktu yang sewajarnya kita memulakan penghijrahan dalam hidup kita. Hal ini kerana seseorang muslim itu hendaklah menanam azam untuk berubah ke arah kebaikan dari semasa ke semasa pada bila-bila masa. Maka sudah nyata penghijrahan itu bukan hanya boleh dilakukan pada awal bulan muharram sahaja tetapi setiap masa.

    Sudah menjadi kebiasaan bagi umat sekarang untuk mempunyai keazaman yang baharu pada tahun baharu, namun perkara itu tidaklah bersalahan dengan perkara “penghijrahan”. Selagi keazaman itu masih diisi dengan suatu cita-cita yang membawa ke arah kebaikan diri dan umat seluruhnya, maka tiada masalah untuk melakukannya. Cuma yang kelebihan wujudnya tahun baharu itu dalam perihal penghijrahan kerana ia menjadi pembakar atau pemangkin semangat seseorang itu untuk melaksanakan apa yang telah diazamkannya.

    Rumusannya, bagi seseorang yang tahu akan peranannya atau tujuannya hidup di dunia ini, sudah pasti perkara penghijrahan dalam dirinya itu sentiasa wujud hampir dalam setiap detik masa hidupnya. Hal ini kerana mencari kebaikan dan membawa diri ke arah yang lebih baik itu merupakan suatu perkara yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim yang iingin mendapatkan keredaan Allah s.w.t..

    Allahu ‘alam.

    Selamat menyambut ma’al hijrah, semoga kemunculan tahun baharu ini akan menjadi pemangkin semangat kita untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam keazaman kita yang mungkin sudah lama kita simpan di dalam hati, tetapi tidak pernah terlaksana. Insya’ Allah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: