Dialah Bakal Pemimpin Aku Dan Aku Memilihnya

Jendela

(Petikan daripada sebuah cerita)

Pada waktu pagi yang nyaman, aku segar melihat keindahan yang semula jadi daripada jendelaku. Jendelaku yang menghadap ke kawasan lapang tidak memperlihatkan kelibat manusia. Inilah waktu yang tepat untuk aku berhadapan dengan Yang Maha Pecipta keindahan ini. Aku mengambil wudhu’, kemudian masuk ke bilik aku semula. Aku atur elok-elok kain sajadahku. Aku memulakan solat dhuha dengan bisikan takbir. “Allahu akbar”.

daunTidak pernah aku berasa nikmat yang lebih indah selain berhadapan dengan Al-Khalik tanda bersyukur atas “hadiah” yang diberikan-Nya. Hadiah yang berbentuk keindahan, Read the rest of this entry »

Mendirikan Rumah Tangga

kahwin

Allah s.w.t. menciptakan setiap makhluk-Nya itu dalam berpasang-pasangan, Maha Suci Allah s.w.t. yang menciptakan hamba-Nya itu sifat dan keperibadian yang khas dan berbeza bagi setiap manusia. Maha Suci Allah s.w.t. juga yang mengurniakan kebaikan dalam jiwa dan akhlak manusia. Alhamdulillah, dalam ruangan ini, jika diizinkan Allah s.w.t., dapatlah kiranya saya sebagai seorang remaja untuk membincangkan, memanjangkan dan menilai sejauh mana perkahwinan itu dapat menambah kebaikan dalam hidup seseorang manusia khususnya kepada yang ingin mendirikan rumahtangga pada usia remaja. Insya’ Allah, perkara ini dapat membawa kepada bertambahnya ilmu atau menajamkan kefahaman yang sedia ada jika hal ini dibincangkan dengan lebih lanjut.

“Dan bukankah Kami(Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?”

(An-Naba’:8)

Allah s.w.t. telah menetapkan jodoh seseorang itu sebelum kelahirannya ke dunia lagi. Namun, apakah harus sesorang itu mencarinya atau membiarkan saja dirinya didatangi oleh seseorang (jodoh) yang telah ditetapkan itu? Read the rest of this entry »