Lokasi Perkumpulan Perserta KBS4

Stesen Bandar Tasik Selatan 3Assalamu ‘alaikum.

Ingin menyertai program KBS4 (Kem Berambeh Selaseh ke-4)? Jika “ya” jawapan anda, anda semua diminta untuk berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari jumaat. Anda perlu berada di sana sebelum pukul sembilan malam.

Stesen Bandar Tasik SelatanPengangkutan akan disediakan untuk menuju ke destinasi (lokasi program di Ulu Langat). Peserta akan bertolak pada pukul sembilan malam dari stesen KTM BTS pada hari tersebut. Selamat menanti program yang bermanfaat ini. Insya’ Allah ta’ala. Wassalam

Pertanyaan yang berkaitan dengan hal ini boleh diajukan kepada:

Saudara Azam Ahmed                – 017 8525490 / 019 3671089

Saudari Siti Raufa Sufrina             – 013 2983436

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KBS4, sila lihat di entri yang sebelumnya. Klik di sini.

Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak Di UIAM Nilai

Minaret Nilai 127 Jun 2009 bersamaan 4 Rejab 1430 Hijrah pada hari sabtu, telah diadakan satu perjumpaan untuk pelajar Islam Sarawak di bawah Persatuan PERKEPIS cawangan semenanjung di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh sebilangan sahaja daripada ahli PERKEPIS iaitu seramai 23 orang. Hal ini kerana majoriti ahli menghadiri program lain pada masa yang sama khususnya pelajar Asasi UIAM, iaitu Global Player Development Programme (GPDP) di kampus Nilai dan Petaling Jaya. Pelajar-pelajar yang hadir terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai universiti dan institusi pengajian seperti UIAM, KUIS, UPSI dan sebagainya.

Naqib bagi perjumpaan yang diadakan kali ini ialah saudara Nu’aim, pelajar Asasi UIAM Nilai. Sesi pertama dalam perjumpaan ini ialah sesi taaruf. Read the rest of this entry »

Kem Berambeh Selaseh IV

KBS 4

Assalamu ‘alaikum.

Mari berhujung minggu bersama rakan-rakan seperjuangan yang berasal dari bumi Kenyalang, Sarawak. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan pekerja, yang tidak lekang daripada urusan-urusan yang meletihkan dan memenatkan, marilah kita bersama dalam merehatkan diri untuk menenangkan minda dan fizikal kita di salah sebuah tempat yang menarik di Ulu Langat Selangor. Pada 31 julai 2009 hingga dua Ogos 2009, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan mengadakan sebuah program yang dinamakan Kem Berambeh Selaseh IV (KBS IV). Program ini akan dijalankan selama tiga hari di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak, Ulu Langat, Selagor.

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar sarawak di bumi semenanjung ini. Kami menjemput semua pelajar Islam Sarawak dari IPTA mahupun IPTS untuk menyertai program ini. Kepada yang sudah mempunyai Read the rest of this entry »

Malam Tautan PERKEPIS di UIAM Petaling Jaya

Ahmad Ritaudin

Pada 3 Jun 2009 bersamaan 9 Jamadilakhir 1430H telah diadakan satu majlis yang dinamakan sebagai majlis Malam Tautan Anak Negeri Sarawak di bawah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak. Majlis diadakan di 003 Blok C, Pusat Asasi Universti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya (UIAM PJ). Seramai 42 orang jumlah yang hadir dalam majlis tersebut, muslimin seramai 29 orang termasuk tetamu jemputan dan muslimah seramai 13 orang juga termasuk tetamu jemputan. Majlis bermula pada pukul lapan malam. Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis iaitu daripada presiden PERKEPIS UIAM PJ, saudara Ahmad Ritaudeen Bin Abdul Rani mengisi ruangan permulaan majlis tersebut.

Abdul Rahman BaseairMajlis diteruskan dengan bacaan doa bagi memohon limpah rahmat daripada Allah s.w.t. agar majlis tersebut diberkati dan dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat. Bacaan doa tersebut diimamkan oleh saudara Abdul Rahman Bin Baseair yang juga merangkap jawatan Read the rest of this entry »