Penghijrahan Suatu Keperitan Dan Kebahagian

Hijrah

Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.

Bagaimanakah penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan? Pada zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah diberi perintah oleh Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Madinah, dan perintah itu ditaati semata-mata kerana Allah s.w.t.. Ancaman orang-orang kafir di tempat Baginda s.a.w., iaitu di Mekah bukanlah sebab utama penghijarahan itu berlaku, tetapi atas perintah Allah s.w.t. yang pasti banyak hikmah yang akan mendatangkan keuntungan kepada seluruh umat Islam secara keseluruhannya.

Keperitan dirasai ketika memulakan penghijrahan, namun kebahagiaan yang diimpikan pasti sedang menunggu jika penghijrahan itu dilakukan dengan  niat yang baik. Read the rest of this entry »

♥Keindahan Datang Daripada Kecintaan♥

cinta-itu-indah

♥     ♥     ♥

Alam   yang   indah   datangnya   daripada   suasana   yang   indah,

Suasana yang indah datangnya daripada daripada kegiatan yang indah,

Kegiatan  yang  indah  datangnya  daripada  masyarakat  yang  indah,

Masyarakat yang indah datangnya daripada keluarga yang indah,

Keluarga yang indah datangnya daripada didikian yang indah,

Didikan yang indah datangnya daripada akhlak yang indah,

Akhlak yang indah datangnya daripada ilmu yang indah,

Ilmu yang indah datangnya daripada hati yang indah,

Hati yang indah datangnya daripada cinta yang indah,

Cinta yang indah itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Indah.